Wednesday, December 23, 2009

Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya

Kisah Benar - Hantu

Kisah Benar - Hantu

Kawan aku pernah memberitahu tahu aku kalao korang suker berjalan mlm di Mesia menuju ke KL jgn singgah ke perhentian Pagoh biler dah lepas midnite. Menurutnyer banyak hal yg menakutkan terjadik di perhentian itu.

Dia ceritakan pernah terjadi pader pakcik dia punyer kawan. Waktu itu beliau memandu seorang diri pader waktu mlm untuk ke KL kerana ader urusan penting. Jam ditangan menunjukan pukol satu pagi...dia bercadang untuk berehat sebentar di Perhentian Pagoh. Setibanyer di saner dia memesan minuman dan duduk di hujung perhentian itu. Suasaner sunyi....tiader orang di situ melainkan dirinyer dan beberaper org penggerai yg sibuk berkemas di gerai masing masing. Sedang dia minum kupi, dia teraser nak terkencing. Lau berjalan dia menuju ke arah tandas.

Sedang dia berjalan, tetiber kedengaran suara tapak kaki manusia dibelakangnyer. Dia tidak menghiraukannyer keraner dia sangker ader org lain yg ingin ke tandas jugak.

Tup....tup....tup...tup..tup.....tup

Bunyik tapak kaki semakin kuat.....didengarnyer betul betul, seakan akan bunyik tapak kaki kuder. Bulu roma di tengkuk tetiber berdiri...dia dpt raserkan satu gugusan angin yg sejuk melepasi tengkuknyer. Hatinyer tak sedap..dia tahu nie mesti ader bender yg tak baik di belakangnyer. Mulutnyer kumat kamit membacer ayat ayat suci yg dia tahu. Dgn sepantas kilat dia menoleh kebelakang.

Alangkah terperanjatnyer dia melihat ader satu lembaga yg amat menggerunkan....kepaler manusia tapi badan kambing. Maternyer merah menyaler, ader darah mengalir keluar dari kelopak mater lembager yg bertubuh kambing itu. Dia menjadi gamam biler melihat lembaga itu merenung ke arahnyer.

"Se....se.....se.....seiaper kao?"

Lembaga itu merenung ke arahnyer sambil menjawab

>

>

>

"Satuk..dua tiga ampat!...........Dimana dia anak kambing saya, anak kambing saya yg makan daun palas. Di mana dia buah hati saya...buah hati saya bagai terlur dikupas"

Diikuti dgn muzik dan suara background..

"Oho oho ho Can Mali can (2x) can mali can ketiponggg payong"

Tuesday, December 22, 2009

Cerita hantu budak TM, tak tau betul ke tak..


Cerita hantu budak TM, tak tau betul ke tak..
From: Asrul Effandi Sent: Friday, October 30, 2009 8:59 PM
Td pergi ibusawat sg buloh terima barang,terasa nak gi bilik fiber yg yg penuh dgn alat dan patchcord yg serabut tu serabut mata memandang..tel kontrator jak,bila nak kuar ini aku nmpak!...mak ehh apa tu?
Tangkap gambar terus cabut lari..dalam otak korang mesti ckp org tgh solat tu..tp apa aku nak ckp plak,itu bukan tmpat smbhyg,surau lelaki dan prmpun ada tak jauh pun dr situ!nak rukuk pun xlepas tu..klu aku prmpuan pun aku xkn dduk dlm bilik itu yg gelap dn solat sorg2 di exch sg buloh yg tkenal dgn misterinya,..siapakah dia?

Ghost in ICU of KL General Hospital

Di sebuah Hotel

Di Sebuah Hotel

Masa tu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat. Aku saja jer pusing pergi kat PD masa tuh sebab aku nak lihatlah jugak pantai dia.. Boleh lah tahan lawa, tapi lawa tempat aku lagi laaa.. hehehe
Nak dijadikan cerita tanpa disedari hari dah malam. Aku nak teruskan perjalanan rasa dah tak larat. Selalunya kalau aku jalan jauh, mesti ade sorang lagi member aku yg reti bawak kereta. Tapi kali ni aku sorang jer. Aku ambil keputusan untuk bermalam jer dekat hotel kat situ. Jarum jam dah 8.45 malam, aku terus gi kaunter hotel situ. Lepas dapat kunci aku terus laa ke Bilik 12, aku masih ingat lagi nombor bilik tu. Lepas mandi aku terus jer baring kat katil tu. Punyalah lena aku tido sampai tak sedar dah pukul 12.30 mlm. Perut aku menangis mintak diisi. Aku pun bersiap untuk keluar makan.Bila jer aku nak buka pintu bilik hotel, tetiba pintu tu tak leh bukak. Ntah camanalah tak bole bukak. Aku ketuk ketuk pintu tu.. sampai sakit tangan aku. Dah sejam lebih aku cuba buka pintu tu namun sesia jer usaha aku tu. Aku cuba gak guna tel yg ade dlm hotel tuh.. tapi kenapa lah tak bole guna pulak.. dlm hati aku rasa nak tumbuk jer idung pemilik hotel ni. Aku dah tak tahu nak buat apa, aku baring kat katil sambil dengar walkman. aku ingat lagi lagu yg aku dengar Nur Nilam Sari. Mata aku dah nak lelap balik. Tetiba aku terdengar suara lembut manggil aku..
Amerrrr,, Ah.. Ilusi aku jer tuh... Lapas tuh aku dengar lagi. Amerrr
tolongg. Aku cabut earphone kat linge aku. Aku bukak mata.. bilik aku gelap.. serentak ngan tu aku dengar suara tak putus putus manggil aku. Suara tu datang dr katil sebelah aku jer.. ya rabbi.. tuhan jer yg tau betapa takutnya aku time tuh.
Aku selimut seluruh badan aku ngan kain selimut. Suara tadi tak
putus-putus panggil aku.. Aku gabra gile.. aku pun cuba jawab. Aku tanya dia, kau sapa.. Dia kata dia nama Marina..dia kata dia mati dalam bilik ni kerana dibunuh oleh kawan dia sendiri. Ya Allah.. aku tidur dalam bilik org mati rupanya.
Aku terus baca ayat quran yg aku ingat.. ntah ayat apa yg keluar masa tuh.. aku tutup kepala aku ngan bantal.. tapi masih dengar suara tuh. Aku menjerit mintak tolong. habis suara aku..tapi kenapa suara aku org tak dengar. Aku hanya dengar suara tadi mengilai ngilai. Aku dah tak tahu nak buat apa.. aku baring jer cam patung atas katil tu. Aku dengar sayu sayu suara tadi menangis, mengilai dan macam macam bunyi.
Dah sekian lama aku pun tak sedar bile aku tertidur.. Aku bukak mata.. hari dah siang jam 11.00 pagi.. Aku kemas barang barang aku, aku nak keluar dr hotel tuh. Aku bukak pintu bilik tuh.. ehh senang lak bukak pintu tu..
Bila aku gi kat kaunter nak bayar sewa.. aku marah marah kat staff situ sebab pintu susah nak bukak dan tel tak leh guna..diorang gak tak dengar aku ketuk pintu dan jeritan aku malam tadi. bila aku cakap no blik 12, dia kata dia dah hantar org untuk kemas dlm bilik 12 tapi tak de org tinggal dlm tu. Aku bertekak ngan diorang dan aku ajak ke blik yg aku tidur malam tadi.. tapi camanalah bilik yg aku tidur tuh nombornya 15, bilik tuh hujung sekali.. bilik nombor 12 padahal dekat ngan tangga.. Sah aku silap bilik.. tapi kenapa kunci bole bukak bilik tuh..Lepas tuh sorang staff dia tarik aku.. dia cakap.. bukan aku sorang
kena camni. Sebelum ni ade jugak yg terkena, dia pun ceritalah, bilik hujung tuh sememangnya berkunci sebab bilik tu keras. Aku heran,,, kenapalah mata aku kabur tak nampak no bilik. Aku pun terus beredar dr hotel tuh tanpa kena bayar sebab aku dikira bermalam dalam bilik yg sepatutnya.
Semuanya telah terjawab... Aku tak sangka aku bermalam dalam bilik org kena bunuh

Sunday, December 20, 2009

Selamat Tahun Baru 1431

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.